Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarokatu..
Pertama sekali saya ingin mohon maaf jika ada tersalah kata atau bahasa atau tingkah laku kepada kalian semuanya. Baiklah kali ini kita berbicara dalam bahasa ibunda bak kata orang putih "lidah ibu". Apa dia itu sikap? dan apa dia itu tingkah laku? sikap itu dalam fahaman saya adalah perkara atau perbuatan yang dibuat atau dilakukan tanpa berfikir dengan panjang. Makna disini adalah perbuatan itu kita dah selalu buat, kita dah tahu apa tindak balas untuk sesuatu keadaan itu jika berlaku. Tingkah laku pula adalah perbuatan atau sikap kita.
Sikap:
Apa yang kita tahu tentang sikap kita? adakah baik atau kurang baik? "tepuk dada tanya selera". Bukan itu yang hendak dibicarakan, baik tak baik semuanya berserah pada yang Maha Esa yang menentukan. Kita perlu tahu kita tidak boleh menyerang peribadi seseorang. Kita juga tidak boleh fitnah, mengumpat serta benci seseorang. Manusia ini perlukan orang lain dalam hidup dia, manusia tidak boleh bersendirian. Pasangan dalam hidup sudah disuratkan sejak kita dalam kandungan lagi. Manusia ini saling lengkap melengkapi, jadi janganlah kita bermusuh-musuhan serta benci membenci sesama kita.Islam juga meWAJIBkan kita untuk bersatu padu. Saya bagi satu contoh sikap yang perlu kita tengok, dan ini berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Contoh:
Manusia A ini rajin solat, puasa, pergi masjid, berdoa dan lain-lain..
Manusia B ini selalu tinggal solat, kadang-kadang puasa dan jarang pergi masjid, pergi pun kalau solat jumaat(bagi lelaki).
Tidak semestinya manusia A lagi bagus dari manusia B dan tidak semestinya manusia B lagi bagus dari manusia A. Jangan memperlekeh atau mencaci orang lain dengan sewenang-wenangnya."eh dia ni tak solat, jangan dengar cakap dia" Kita sendiri tidak tahu sama ada amalan kita diterima Allah atau tidak. JANGAN sesekali merendah-rendahkan orang lain, memandang rendah, fikir diri kita HEBAT sangattt? ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Jangan lah kita tidak bertegur sapa, tegurlah walau sekadar senyum ketika berjumpa. Mungkin dia sedang kejar masa, tidak ada masa untuk bercakap atau berbual. Janganlah sombong atau Takbur dengan apa yang ada. Fikir jangan 2-3 kali biar 10 kali pun tidak mengapa sebelum buat sesuatu tindakan atau ucapan. Ingat kata-kata Saidina Ali " jangan memandang siapa yang bercakap, tetapi pandang apa yang diperkatakanya". Jangan ingat orang hisap dadah,pencuri,perompak,perogol semuanya jahat. Kadang-kadang jika perogol itu insaf,taubat serta berdoa diampunkan dosa, sesungguhnya dia lagi mulia dari manusia yang menghina,mencaci serta keji peribadi si perogol itu.
Bercakap pasal mencaci,keji serta mengumpat ini. Cukuplah, BERHENTILAH dari perbuatan yang laha itu. Banyak lagi perkara boleh dilakukan. Kepada yang mendengarnya, janganlah dengar, berhenti. Dan jangan sesekali percaya buah mulut orang, kerana bila kita bercakap tentang keburukan orang lain kepada orang lain, sesungguhnya Allah akan buka keburukan kita sendiri kepada orang lain.
Berhentilah, kadang-kadang kamu tidak tahu pun perkara itu betul atau salah. Ini lah masalah pemimpin sekarang. Penat pergi motivasi, kem, kuliah untuk jadi pemimpin tapi tidak reti memimpin. Jangan dengar serta pandang dari satu pihak sahaja, sebab tu orang putih cakap "fikir luar dari kotak". Dengar cakap semua pihak
Sekian.
Asslammualaikum